Friday, August 17, 2012

Comeback

Hmm...when i read my last post here, i realize that its been a while since last time i post something here. How i miss this blog, even tak der orang nak lawat pun i still want this blog alive cos i love it so much. Sejak sibuk dengan my new hobby ni, susah betul nak cari masa untuk menulis something as my rememberance (ayat mcm tak brapa betul) hihi... Nak share something juga, saya dah gila buat quilling. Siang malam ingat quilling macam orang kemaruk cinta saja, aishh tak boleh jadi ni...artsnya tak brapa nak bagus tapi semangat tu sentiasa berkobar-kobar smapi tak boleh nak tidur... Sometimes i ask my self, am i crazy??? Cos think too much pasal this quilling, apa nak jadi dah...hahaha... To be Continue...Chow-chow, my husband waiting...

Sunday, February 20, 2011

Tips Kuruskan Badan

Hai...lama juga sia tidak post disini ya,maklumlah sejak akhir2 ni busy sesangat.Diam tak diam,kita sudah masuk ditahun yang baru 2011.Harap2 tahun Arnab ni memberi tuah kepada kita.
Hari ni,nak kongsi sikit pasal satu orang kawan sia...Dia ni nak kurus lah sesangat tapi azam punya azam tidak juga kurus..Kenapa? Saya rasa saya tahu sebabnya.Dia balik2 cakap mau kurus tapi apa yang dia cakap tu tidak selaras dengan perbuatannya jadi mana dapat kurus kan..saya sangat bertuah kerana biarpun sudah beranak satu tapi masih dapat "maintain" bentuk badan (Chewah Perasan... )

Ok Kalau kamu mahu kurus,Saya kasih tips sikit lah Ye..

1) Kurangkan makan nasi
2) banyakkan minum air kosong
3) Jangan makan Kulit ayam (sia dpt tips ni dr Erra Fazira tau)
4) Kalau nak diet,buat dengan cara yg btl,bukan tdk mkn siang tp berabis mkn malam,tu tambah gemuk tu ....Cara yhg btl adalah makan waktu siang,dan kurangkan mkn pada waktu mlm...
5) Cari satu makanan yg boleh membuatkan kamu rasa nak membuang najis setiap hari
Contohnya : Klu saya,minum nescafe ja, mesti nak ke tandas setiap pagi( Ini boleh mengurangkan pembentukan lemak dlm badan Cos apa yg kamu mkn setiap hari dpt di buang)
6) Jangan Makan Nasi bersulamkan air, nanti buncit perut (Maksudnya: Jangan makan nasi,lepas tu minum air pas tu mkn nasi lagi,biar sudah selesai makan baru minum air ok...)
7) Disiplin kan diri (ini part yg paling penting)...selagi tdk terbentuk disiplin dlm diri selagi itu kamu tdk akan kurus..

Chau....Fikir-fikirkan okey!!! LUv u all!!!

Friday, December 17, 2010

Siapa Mizz Nina ????


Ramai sangat yang nak tau siapa sebenarnya penyanyi yg semakin popular dengan lagu What Are You Waiting For,Disini saya ada berikan sedikit info tentang Mizz Nina,jangan tak percaya dia adalah orang melayu kelahiran Malaysia...

* nama asal dia Shazrina Bt Tan Sri Dato' Azman,anak jutawan Malaysia(owner Am bank orang kata.Am bank?tak tau la Saya pun kurang pasti)

* salah seorang ahli dari Teh Tarik Crew, meneruskan projek dalam usaha menghasilkan album solo sendiri.(teh tarik mana?haha rasa2 mcm familiar ni la akibat tak tgk tv haha)

* menceburi bidang peragaan dan terlibat dalam pengiklanan komersial televisyen n magazine rasanya bekas pengacara 'Channel V'


* Bakat yang ada dalam dirinya melonjakkan namanya lebih tinggi dalam bidang seni muzik. Amat berminat seni muzik hip hop,memberikan dia suatu pengalaman berbeza sebagai artis perempuan hip hop di Malaysia

Bangga juga lah saya dengan kejayaan dia,tumpang hepy je...Congrat's to Mizz Nina,semoga dia terus sukses dalam industri seni kita ini...Chewahhh

Thursday, December 16, 2010

Tips dari Jutawan Internet Dr Irfan Khairi

1. Salah satu teknik untuk mencapai kejayaan dengan pantas adalah dengan mengikuti langkah orang-orang yang berjaya.

Di dunia kini, terdapat orang-orang yang berjaya dalam semua bidang. Anda tidak perlu mencipta teknik atau kaedah baru untuk mencapai kejayaan- pelajarinya dari mereka yang telah berjaya.

Don’t reinvent the wheel. Lihat tokoh-tokoh yang berjaya dalam industri anda dan ikuti langkah-langkah mereka. Bukan tiru bulat-bulat kerana ia hanya akan menjatuhkan kredibiliti anda :) , tetapi modelkan kejayaan yang telah dicapai dengan keadaan anda. Gunakan teknik-teknik dan kaedah yang sama.



2. Yang kaya menjadi semakin kaya kerana… mereka tahu apa yang diperlukan atau ciri-ciri/prinsip-prinsip yang perlu dipegang untuk berjaya. Mereka mempunyai mindset untuk berjaya. Dengan pengetahuan ini, mereka hanya mengulangi benda yang sama berkali-kali, bertahun-tahun untuk menambahkan lagi pendapatan.

Yang miskin menjadi semakin miskin apabila… tidak menjumpai ciri-ciri atau prinsip menjadi kaya. Jadi, kemungkinan mengulangi perkara yang sama di dalam comfort zone mereka. Mereka tidak mempunyai mindset untuk menambahkan kejayaan & kekayaan.

Yang kaya menjadi semakin kaya kerana… Mempunyai pendapatan yang tinggi, oleh itu, simpanan dan pelaburan juga tinggi. Contoh, pendapatan RM20,000 sebulan, sekiranya menggunakan RM10,000 sebulan, masih lagi boleh menyimpan atau melaburkan RM10,000 setiap bulan. Sekiranya dilaburkan dalam ASB pun, jumlah itu akan menjadi lebih dari RM1 juta dalam masa kurang dari 6 tahun sahaja! Bagi yang berpendapatan RM30,000 pula, sekiranya dapat melabur RM20,000 setiap bulan, dalam masa 3 tahun sahaja, dapat mengumpul 1 juta! Klik di sini untuk maklumat lagi…

Yang miskin akan menjadi semakin miskin… oleh kerana bekerja kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang. Tiada ruang untuk menyimpan atau melabur. Dalam masa bertahun, tahun, tiada pulangan pelaburan.

Yang kaya akan menjadi semakin kaya kerana… yang kaya dapat menarik dan network dengan golongan kaya dan berjaya. Seseorang akan menjadi seperti bulatan kenalan mereka. Apabila bulatan kenalan adalah antara yang kaya dan berjaya, ia akan secara langsung menjadikan yang kaya lebih kaya oleh kerana peluang-peluang perniagaan melalui network mereka yang berjaya yang semakin besar.

Yang miskin akan menjadi semakin miskin… apabila bulatan kenalan adalah terhad kepada lingkungan yang sama. Tidak dapat melihat peluang perniagaan, dan tidak dapat peluang network yang luas dikalangan mereka berjaya.

Juga, apabila masa berlalu, inflasi akan menyebabkan harga barangan & perkhidmatan bertambah. Ini akan mengakibatkan jurang kekayaan semakin jauh oleh kerana harga barangan yang bertambah tidak effect pada mereka yang berada.

Namun perlu di ingat, yang kaya, boleh menjadi miskin dengan sekelip mata dengan ketentuan Ilahi. Yang miskin juga boleh menjadi kaya dengan usaha & keredhaanNya.

Yang sederhana?

Mereka mempunyai pilihan untuk menggunakan strategy orang-orang kaya, atau strategy mereka yang miskin. Pilihan diri masing-masing. Tepuk dada, tanya selera!