Friday, December 17, 2010

Siapa Mizz Nina ????


Ramai sangat yang nak tau siapa sebenarnya penyanyi yg semakin popular dengan lagu What Are You Waiting For,Disini saya ada berikan sedikit info tentang Mizz Nina,jangan tak percaya dia adalah orang melayu kelahiran Malaysia...

* nama asal dia Shazrina Bt Tan Sri Dato' Azman,anak jutawan Malaysia(owner Am bank orang kata.Am bank?tak tau la Saya pun kurang pasti)

* salah seorang ahli dari Teh Tarik Crew, meneruskan projek dalam usaha menghasilkan album solo sendiri.(teh tarik mana?haha rasa2 mcm familiar ni la akibat tak tgk tv haha)

* menceburi bidang peragaan dan terlibat dalam pengiklanan komersial televisyen n magazine rasanya bekas pengacara 'Channel V'


* Bakat yang ada dalam dirinya melonjakkan namanya lebih tinggi dalam bidang seni muzik. Amat berminat seni muzik hip hop,memberikan dia suatu pengalaman berbeza sebagai artis perempuan hip hop di Malaysia

Bangga juga lah saya dengan kejayaan dia,tumpang hepy je...Congrat's to Mizz Nina,semoga dia terus sukses dalam industri seni kita ini...Chewahhh

Thursday, December 16, 2010

Tips dari Jutawan Internet Dr Irfan Khairi

1. Salah satu teknik untuk mencapai kejayaan dengan pantas adalah dengan mengikuti langkah orang-orang yang berjaya.

Di dunia kini, terdapat orang-orang yang berjaya dalam semua bidang. Anda tidak perlu mencipta teknik atau kaedah baru untuk mencapai kejayaan- pelajarinya dari mereka yang telah berjaya.

Don’t reinvent the wheel. Lihat tokoh-tokoh yang berjaya dalam industri anda dan ikuti langkah-langkah mereka. Bukan tiru bulat-bulat kerana ia hanya akan menjatuhkan kredibiliti anda :) , tetapi modelkan kejayaan yang telah dicapai dengan keadaan anda. Gunakan teknik-teknik dan kaedah yang sama.



2. Yang kaya menjadi semakin kaya kerana… mereka tahu apa yang diperlukan atau ciri-ciri/prinsip-prinsip yang perlu dipegang untuk berjaya. Mereka mempunyai mindset untuk berjaya. Dengan pengetahuan ini, mereka hanya mengulangi benda yang sama berkali-kali, bertahun-tahun untuk menambahkan lagi pendapatan.

Yang miskin menjadi semakin miskin apabila… tidak menjumpai ciri-ciri atau prinsip menjadi kaya. Jadi, kemungkinan mengulangi perkara yang sama di dalam comfort zone mereka. Mereka tidak mempunyai mindset untuk menambahkan kejayaan & kekayaan.

Yang kaya menjadi semakin kaya kerana… Mempunyai pendapatan yang tinggi, oleh itu, simpanan dan pelaburan juga tinggi. Contoh, pendapatan RM20,000 sebulan, sekiranya menggunakan RM10,000 sebulan, masih lagi boleh menyimpan atau melaburkan RM10,000 setiap bulan. Sekiranya dilaburkan dalam ASB pun, jumlah itu akan menjadi lebih dari RM1 juta dalam masa kurang dari 6 tahun sahaja! Bagi yang berpendapatan RM30,000 pula, sekiranya dapat melabur RM20,000 setiap bulan, dalam masa 3 tahun sahaja, dapat mengumpul 1 juta! Klik di sini untuk maklumat lagi…

Yang miskin akan menjadi semakin miskin… oleh kerana bekerja kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang. Tiada ruang untuk menyimpan atau melabur. Dalam masa bertahun, tahun, tiada pulangan pelaburan.

Yang kaya akan menjadi semakin kaya kerana… yang kaya dapat menarik dan network dengan golongan kaya dan berjaya. Seseorang akan menjadi seperti bulatan kenalan mereka. Apabila bulatan kenalan adalah antara yang kaya dan berjaya, ia akan secara langsung menjadikan yang kaya lebih kaya oleh kerana peluang-peluang perniagaan melalui network mereka yang berjaya yang semakin besar.

Yang miskin akan menjadi semakin miskin… apabila bulatan kenalan adalah terhad kepada lingkungan yang sama. Tidak dapat melihat peluang perniagaan, dan tidak dapat peluang network yang luas dikalangan mereka berjaya.

Juga, apabila masa berlalu, inflasi akan menyebabkan harga barangan & perkhidmatan bertambah. Ini akan mengakibatkan jurang kekayaan semakin jauh oleh kerana harga barangan yang bertambah tidak effect pada mereka yang berada.

Namun perlu di ingat, yang kaya, boleh menjadi miskin dengan sekelip mata dengan ketentuan Ilahi. Yang miskin juga boleh menjadi kaya dengan usaha & keredhaanNya.

Yang sederhana?

Mereka mempunyai pilihan untuk menggunakan strategy orang-orang kaya, atau strategy mereka yang miskin. Pilihan diri masing-masing. Tepuk dada, tanya selera!